Tuesday, March 8, 2011

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU KE CEBERAL PALSY (SPASTIK)


pic courtesy by Tay Qiu Hua 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ms Admin nak update tentang satu program anjuran BIRO PENDIDIKAN DAN LATIHAN pada 28HB Januari 2011 yang lalu . terima kasih Ms Admin nak ucapkan kepada saudara Tay Qiu Hua yang sudi email laporan program ini . tindakan seperti ini sangatlah membantu saya dan ajk yang lain . harap rakan rakan lain dapat turut sama menbantu ya .

ok , program diadakan di Pulau Pinang . Matlamat utama program ini merupakan cetusan idea daripada mahasiswa/i yang mempunyai inovasi dan integriti untuk menyemai kasih dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik . Idea ini selaras dengan matlamat mereka untuk meluangkan detik keemasan di samping menyelami serba sedikit kesusahan yang mereka hadapi .

Secara tak langsung , program ini akan memberi pendedahan dan pengalaman kepada para peserta merasai suasana kehidupan di rumah kanak-kanak tersebut . Pihak pusat itu juga menyediakan ceramah tentang kepahitan dan kejayaan kanak-kanak spastik . Secara keseluruhannya , program ini telah mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan pada kertas kerja . Tahniah !

Saturday, March 5, 2011

FORUM 'MENGAPA AKU DISINGKIRKAN ?'









Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

rasa sangat rindu pada semua rakyat jelata . maaf Ms Admin tak sempat update entry . almaklumlah semua mahasiswa/i sekarang masing masing sedang sibuk menelaah dan mengulangkaji untuk mid-semester exam . Ms Admin pun tak terkecuali . walaupun kebelakangan ini ada desas desus khabar angin yang Ms Admin dengar , tapi apa kan daya , khabar angin tetap khabar angin .

kita ketepikan sekejap khabar angin tadi , sekarang kembali kepada tajuk . beberapa hari yang lalu , pada 28HB FEBRUARI 2011 , di dewan kachi telah diadakan satu forum bertajuk "MENGAPA AKU DISINGKIRKAN ?" anjuran KELAB HAL EHWAL SISWI . forum ini dihadiri oleh 3 orang barisan panel yang diundang khas untuk berdiskusi mengenai isu yang begitu menarik ini .

Ms Admin turut sama dalam majlis ini dan saya dapat banyak ilmu baru . lebih kurang 300 orang pelajar terlibat dari seluruh dpp . antara diskusi pada malam itu mengenai pembuangan bayi , masalah sosial , gejala seks bebas dan isu kahwin di usia muda . untuk makluman sahabat SME-ians , tak salah ya kahwin di usia muda bagi mengelakkan maksiat , tetapi harus diingatkan , peka pada perasaan ibu bapa kita .

alhamdulillah majlis berjalan lancar . Ms Admin seronok diundang menjadi jurugambar . terima kasih kepada pihak penganjur . untuk lihat gambar klik sini . sekian , terima kasih .

Tuesday, March 1, 2011

PERARAKAN MAULIDUR RASUL








 pic courtesy by Ezri Muzamir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa kabar warga SME ??? Ms Admin nak update sedikit tentang Majlis Perarakan Maulidur Rasul peringkat Universiti yang telah diadakan pada 28hb Februari 2010 . Ms Admin dan semua ahli JKPS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah terlibat . sumbangan yang tak putus putus telah kalian berikan untuk dpp kita begitu bermakna . 

Ms Admin mendapat laporan sedikit dari seorang rakan bahawa perarakan bermula dari Pusat Ko-k sehingga ke Dewan MAS . Majlis diteruskan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Dr Danial . untuk makluman rakan rakan , Dr Danial pernah menjadi penceramah undangan rancangan Halaqah di tv9 baru baru ini . ceramah berkisar tentang al-Quran dan sains .

ok itu sahaja untuk makluman kali ini . untuk melihat gambar gambar sepanjang majlis boleh klik sini . sekian , terima kasih .