Sunday, February 13, 2011

OUH UNIC DEKAT DI HATI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

bersama saya , ms Admin untuk sepetang bersama SME-ians . tak kenal saya ? cuba jeling kat sidebar , ada nampak ? ok bagus . sepetang bersama ms Admin ni adalah satu blog baru yang akan bercerita tentang gelagat , aktiviti dan apa sahaja kisah yang berlaku di DPP SME BANK . walaupun ia 'sepetang' tetapi cerita bukan sahaja waktu petang , malah pagi , malam dan sepanjang masa , insyaAllah akan di update.

sebagai pengenalan , entri sebelum ini ialah tentang penubuhan dpp kita . jenuh baca ? sekarang ada entri baru . entri ini tentang perihal pagi tadi . pagi yang gelap kini sudah terang . rakyat jelata nak pergi kuliah . hari ini saya rajin , dengan peralatan melukis dan sebagainya , saya telah melukis gambar di atas .  motif gambar , saya nak kongsi betapa fanatik dan cinta nya SME-ians terhadap bas UNIC .

mesti dah biasa tengok punya , kan ? asal bas datang , kita pasti akan menerjah dengan gamat dan excited . macam dalam gambar . fuhhh !!! memang aura bas UNIC ni terbaik dari UUM . dengan pakcik dan abang driver yang baik hati dan mesra pelanggan , dengan biru body bas , dengan segala itu dan ini , bas UNIC telah menjadi dekat di hati SME-ians . memang baik punya !!!

tak kisah lah berebut ke , tolak menolak ke , semangat itu penting jugak . ia sedikit sebanyak megeratkan hubungan sesama rakyat kan ? janganlah asyik pandang sisi buruknya saja , apa kata kita ambil sisi baiknya pula . contohnya , bila masing masing berebut tu , menunjukkan betapa kita bersemangat nak naik bas dan nak pergi ke kuliah . masing masing tak nak lambat sampai . itu sudah kira bagus lah .

mungkin nampak macam kelam kabut dan tak berdisiplin , tetapi seperti yang saya dah katakan tadi , lihat sisi positifnya . bersesak , bersusah payah , berebut tu semua antara jihad . dapat pahala jugak . tetapi tak salah juga kalau kita lebih bersabar dan bertolak ansur . malah itu akan jauh lebih baik . insyaAllah , blog ini akan cuba berkongsi pelbagai isu , tetapi akan cuba mengekalkan nilai nilai yang positf .

itu saja untuk kali ini . terima kasih sudi meluangkan masa untuk baca coret coret ini . semoga SME-ians tumbuh sehijau pohon yang segar dan sebiru awan tinggi di SME . jumpa lagi !

No comments:

Post a Comment