Saturday, February 19, 2011

PILIHANRAYA MPP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

bersama saya lagi , miss Admin . topik petang kita panas panas panas . berita panas telah pun mula menyebar di seluruh dpp kita , malah di seluruh UUM . berita panas apa ? jeng jeng jeng ! apa lagi kalau bukan tentang PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UUM . kepada pelajar semester dua wajib . miss Admin pun tak terkecuali . 

ehem ehem , sangat teruja sebenarnya . ini kali pertama miss Admin akan mengundi . rasa macam nak undi datuk bandar lah pulak . okay , miss Admin telah diberitahu bahawa terdapat 3 parti iaitu , Parti Perubahan , Parti ProMahasiswa dan Parti Bebas . mahasiswa dan mahasiswi akan mengundi kerusi mengikut kolej masing masing dan satu undi untuk kerusi Umum . 

tarikh mengundi ialah pada 22hb Februari 2011 di dpp masing masing . maklumat lanjut bolehlah didapati di notis board atau rujuk terus kepada pejabat dpp . miss Admin nak menyeru rakyat jelata , marilah sama sama kita keluar membuang undi . setiap suara anda sangat mempengaruhi masa depan kita semua sepanjang berada di UUM . selamat mengundi semua !!!

No comments:

Post a Comment